Aktiviti

Posted by MARINE UNLIMITED FUTSAL CLUB

08 April 2009 @ 0700 pm - Suria Indoor Soccer Centre

MUFC telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan futsal dari Tenom. Pertarungan sengit dan berbalas gol diantara kedua pasukan.. keputusan akhir perlawanan MUFC menang 12 - 7..




01 April 2009 @ 07:00/09:00 pm - Gelanggang Futsal Yayasan Sabah

Latihan pertama MUFC bulan ini. Dimana sekali lagi perlawanan latihan sesama sendiri diadakan diantara ahli berkahwin dan bujang. Untuk perlawanan kali ni, pasukan bujang berjaya menebus kekalahan bulan lalu apabila membelasah pasukan kahwin dengan jaringan 13 - 7.. bagi pasukan kahwin faktor gelanggang basah dijadikan alasan menyebabkan kekalahan itu.. byk la bro hehe...











30 Mac 2009 @ 09:00 pm - City Futsal Centre Menggatal

MUFC telah dijemput untuk friendly game oleh pasukan futsal Nexus Karambunai. Ini adalah friendly game yang ke 6 bagi kedua-dua pasukan jiran ini. Sekali lagi kemenangan buat MUFC menewaskan pasukan Nexus Karambunai.. Apapun terima kasih byk2 buat Nexus Karambunai atas jemputan ini.. kita berjumpa lg di perlawanan yg ke 7...











28 Mac 2009 @ 08:00 pm - KK Futsal Kota Kinabalu


Pasukan MUFC telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan futsal campuran dari KK. Keputusan perlawanan tidak dicatit pada perlawanan ini. Perlawanan persahabatan ini adalah sebagai melengkapkan sesi latihan mingguan pasukan MUFC. Walaupun perlawanan ini diadakan pada hujung minggu, namun ahli pasukan tetap memberikan komitmen yang tinggi. Lebih menggembirakan lagi apabila Pengurus MUFC telah datang ke perlawanan ini walaupun baru pulang dari outstation dalam keadaan yang kurang sihat...tq boss!!






24 Mac 2009 - City Futsal Menggatal

Latihan siri yang keseterusnya diadakan bagi pasukan lelaki. MUFC menentang sesama sendiri dengan keputusan akhir perlawanan, pasukan berkahwin menewaskan pasukan bujang... menang bergaya!!bravo...













20 Mac 2009 - Gelanggang Futsal Yayasan Sabah

Pasukan MUFC baru-baru ini pada tanggal 20 Mac 2009 telah mengadakan sesi latihan mingguan bertempat di gelanggan futsal Yayasan Sabah. Dalam keadaan cuaca yang hujan sesi latihan tetap diteruskan......

This entry was posted on 12:43 .