Sabah Futsal Blogsite

Posted by MARINE UNLIMITED FUTSAL CLUB

LOGO KELAB











OBJEKTIF

Memupuk semangat kesukanan, bekerjasama, setiakawan dan perpaduan di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pegawai, kakitangan, ahli keluarga dan masyarakat.



TUJUAN

1. Mendorong kakitangan Jabatan Laut Sabah untuk bergiat aktif dalam sukan, berkomitmen, berdisiplin dan mengamalkan budaya hidup sihat di samping dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan.
2. Menjadikan kelab ini antara pasukan futsal daripada jabatan kerajaan yang bergerak aktif di Negeri Sabah.



AHLI JAWATAN KUASA KELAB

Pengurus : En Mohd Fuzee B. Che Mat

Timbalan Pengurus : En. Azman B. Abd Latif

Setiausaha : En Hasbullah B. Idris

Bendahari (L) : En Anuar B. Ariffin

Bendahari (W) : Pn Intan Syafinar

Kapten (L) : En Irwan B. Abd Rahman

Kapten (W) : Pn Haezzah Bt. Nasib



LATAR BELAKANG

Marine Unlimited Futsal Club adalah sebuah kelab futsal yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Laut Sabah Kota Kinabalu. Pada mulanya kelab ini hanyalah sekadar pasukan bidang terjun dan aktiviti kakitangan selepas waktu kerja yang mana ahlinya begitu berminat pada permainan futsal. Atas semangat kesukanan yang ada pada ketika itu, maka bermulalah penyertaan pertama pasukan pada kejohanan terbuka Hari Maritim Sedunia Peringkat Negeri Sabah pada tahun 2006. Walaupun demikian pencapaian di luar dugaan telah dicapai di mana pasukan Jabatan Laut telah berjaya menempah tempat ke pertandingan akhir pada kejohanan tersebut. Meskipun tewas pada perlawanan akhir, atas kesedaran semua ahli terhadap potensi pasukan ini dan berbekalkan semangat juang serta komitmen yang tinggi, maka satu perjumpaan telah dilaksanakan. Perbincangan demi perbincangan telah dibuat, akhirnya persetujuan telah dicapai dan mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah kelab. Jesteru itu, pada tanggal 01 Januari 2008 bersamaan hari sabtu tepat jam 1045 pagi, pasukan ini dengan komitmen dan sokongan padu dibawah pimpinan En. Fuzee B Che Mat selaku Pengurus Pasukan kini telah mengumumkan dengan rasminya menubuhkan sebuah kelab futsal yang dinamakan Marine Unlimited Futsal Club (ilham nama pasukan oleh En Hasbullah). Bermula dengan ahli hanya seramai 7 orang kini MUFC telah mempunyai ahli pasukan lelaki dan wanita iaitu seramai 35 orang keseluruhannya. Paling mengembirakan, ahli MUFC bukan sekadar kakitangan Jabatan Laut sahaja malahan dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya. Peningkatan demi peningkatan telah dicapai selama setahun penubuhan pasukan ini dan paling manis sekali apabila MUFC telah berjaya tiga kali memasuki pertandingan akhir pada kejohanan futsal terbuka. Kelebihan pasukan MUFC bukanlah terletak pada Skill individu pemainnya, tetapi adalah kerana semangat permainan berpasukan yang tinggi... semoga terus berjaya...
























PENCAPAIAN KELAB

PASUKAN LELAKI


















1. Futsal Hari Maritim Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2006 - Naib Johan

2. Futsal Hari Maritim Sedunia Peringkat Negeri kebangsaan 2007 - Suku Akhir

3. Politeknik Kota Kinabalu Futsal Open 2008 (City Futsal menggatal)- Naib Johan

4. Yayasan Sabah Futsal Open 2008 - Naib Johan


PASUKAN WANITA

1. Futsal Hari Maritim Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2006 - Tempat Ketiga



JERSI PASUKAN MUFC


This entry was posted on 01:41 .